Konsep Cloud Computing

Salam...


Sebelum ini saya ada membincangkan tentang cloud computing. Mungkin secara kasar ia dapat di fahami (mudah-mudahan). Seperti sebelum ini konsep cloud computing adalah kemudahan aplikasi yang boleh diakses melalui internet. Contohnya sebelum adanya cloud computing segala aplikasi yang hendak digunakan disimpan di dalam hardisk komputer, tetapi kini kita boleh mengakses mana-mana aplikasi yang diingini dimana-mana sahaja asalkan ada talian internet. 


Penggunaan Cloud Computing terbahagi kepada dua iaitu :


1) PAAS - Platform as a service adalah satu kemudahan dimana pengguna boleh mewujudkan aplikasi sendiri secara dalam talian (online). Contohnya seperti Amazon, dimana Amazon membenarkan pengguna menyewa pelayan mereka beserta dengan kemudahan-kemudahan yang diberi tanpa perlu membeli perkakasan dan perisian secara persendirian. Kita hanya membayar di atas penggunaan yang digunakan. Contohnya kita membeli sesuatu perisian yang dikehendaki dalam tempoh 30 hari, maka kita hanya perlu membayar harga untuk tempoh tersebut.


2)  SAAS - Software as a service juga dikenali sebagai 'service on demand' dimana ianya adalah satu aplikasi yang diberikan secara percuma oleh pelayan contohnya Google Tools Application, Zoho.com dll. Pada awalnya Saas banyak digunakan untuk Customer Relationship Management (CRM). Tetapi kini ianya telah menjadi tugas-tugas biasa bagi bidang perniagaan, termasuk pengagihan komputer, invois, pengurusan sumber manusia, kewangan, pengurusan dokumen dan banyak lagi.
  

0 comments:

Post a Comment