Pengalaman Pembelajaran Dalam Talian Menggunakan Aplikasi DimDim Web Meeting



Salam Merdeka...

Merdeka..Merdeka...Merdeka..

Apakah erti kemerdekaan kepada kita semua? Sudah 53 tahun kita merdeka, adakah kita rasa diri kita sudah merdeka? Bukan itu yang hendak dibincangkan tetapi pengalaman mengenai penggunaan DimDim Webmeeting sebagai satu aplikasi di dalam Pembelajaran Di Dalam Talian dimana kita merdeka/bebas mendapatkan ilmu selain daripada kelas konvensional iaitu dngan cara bersemuka. Kelas dalam talian baru sahaja tamat dan ingin saya kongsi pengalaman di dalam situasi tersebut. Harini adalah minggu kedua presentation pelajar bagi kajian kes berhubung isu-isu ict di dalam pendidikan. Setelah minggu lepas saya tidak berjaya bersama-sama rakan sekelas dalam presentation secara online akibat gangguan talian namun hari ini dengan berkat dan kesabaran, berjaya juga meneruskan kelas dalam talian dan sudahpun membuat pembentangan tentang kajian kes saya iaitu Cloud Computing.

Walaupun pada hari ini terdapat pelbagai masalah berhubung talian (masalah line putus2,broadband dsb) namun itulah yang dikatakan kekangan yang akan dihadapi oleh mana-mana pelajar yang mengikuti kelas secara dalam talian. Pengalaman pertama menggunakan webmeeting memang membuatkan saya 'Jakun', sebab semuanya baru bagi saya. Setelah beberapa kali kelas diadakan secara dalam talian, barulah saya dapat mengetahui dan menguasai sepenuhnya tentang aplikasi tersebut. Ia sebenarnya memang memberi satu impak yang sangat besar bagi pelajar dan pekerja dalam apa jua situasi tidak kiralah untuk tujuan pengajaran, pembelajaran atau perniagaan. Walaupun aplikasi DimDim Webmeeting adalah secara langganan, namun kita boleh mencuba secara percubaan. Saranan untuk menggunakn DimDim Webmeeting adalah kerana ianya lebih stabil berbanding dengan Google Presentation kerana kita sedia maklum GPresentation adalah aplikasi percuma, jadi terlalu ramai yang guna menyebabkan layanan tidak dapat menampung beban yang menyebabkan talian menjadi lemah.

Pembelajaran secara dalam talian bukan sahaja dapat menghubungkan kesemua rakan-rakan sekelas yang berada di satu tempat malah di merata negeri, dengan syarat perlu ada akses internet dan akaun google mail. Tanpa akses internet kelas ini mungkin tidak dapat dilaksanakan. Dengan belajar secara dalam talian pelajar dapat belajar secara santai tanpa tekanan. Selain itu pelajar dapat satu pengalaman yang baru dalam dunia pembelajaran. Selamat mencuba.



1 comments:

Rohaida Ibrahim said...

salam kak nana..

selamat menyambut kemerdekaan yg ke 53.. tahniah juga buat akak yang dah present tdi.. pengalaman yang amat bermakna kan.. pada saya dengan maslaah yang kita hadapi tadi masih boleh di perbaiki kerana ianya hanyalah masalah2 biasa dan tidak terlalu kompleks.. ia masih boleh di atasi.

Post a Comment