0 comments

Tentang Cloud Computing

Salam.

Masih lagi membincangkan topik tentang cloud computing. Post sebelum ini telah menjelaskan apakah cloud computing itu secara formal. Saya ada menyatakan bahawa kita sebenarnya telah lama mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian kita,namun mungkin ketika itu istilah yang digunakan berbeza dengan masa kini. Kita telah menggunakan e-mail sejak mula internet diperkenalkan, padahal e-mail itu sendiri adalah sebahagian daripada aplikasi cloud computing.

Konsep cloud computing ini boleh dinyatakan seperti  kegiatan atau kerja-kerja yang dilaksanakan di dalam komputer (client) yang akan disimpan di dalam server. Bukan sahaja client boleh mengolah, menghitung dan menyimpan data malah boleh menghapus sama sekali. Kini sesiapa sahaja berkemampuan dan boleh menggunakannya tanpa memerlukan sistem operasi komputer yang mahal dan spesifikasi yang tinggi, cuma memerlukan penyambungan atau talian internet.

Pencarian maklumat secara dalam talian (Online) yang kita gunakan seperti contoh Yahoo dan Google sebagai web browser juga merupakan asas kepada konsep cloud computing. Tanpa perlu bersusah payah pergi ke perpustakaan dan mencari buku untuk mendapatkan maklumat, kini maklumat semuanya berada dihujung jari.

Era teknologi cloud computing ini menjadi satu trend panas pada zaman kini dimana syarikat-syarikat besar seperti IBM, Apple, Microsoft, Amazon dan Google berlumba-lumba untuk mengeluarkan produk seiring dengan perkembangannya. Tidak hairanlah syarikat Apple misalannya mengeluarkan gadget canggih yang tidak asing lagi iaitu I-Phone untuk menarik pelanggan sekaligus memperkenalkan dunia kita tanpa sempadan. Amazon pula lebih kepada perniagaan berasaskan dalam talian (online) dan Google pula tetap gah dengan memperkenalkan produk Google For Educators.

Suka saya kongsi disini bahawa Google for educators amat berguna bukan sahaja kepada guru/pensyarah malah kepada pelajar itu sendiri antaranya adalah Gdoc (google doc). Gdoc ini seperti microsoft office word, excel dan power point yang biasa kita gunakan. Dengan menggunakan Gdoc kita tidak memerlukan  lagi hardisk/disket/pendrive untuk menyimpan maklumat itu. Semuanya disimpan di dalam 'awan' iaitu server. Dimana sahaja kita pergi tidak kira di dalam atau diluar negara selepas ini kita tidak perlu lagi risau tentang data/maklumat yang kita simpan di dalam hardisk/pendrive kerana kesemuanya telah disimpan di dalam 'awan'.

Tools Google for educators bukan hanya Gdoc, malah banyak lagi contohnya iGoogle, Booksearch, News, Google notebook, blogger, calender, geo education dan banyak lagi dimana ianya sangat sesuai digunakan untuk semua pelajar dan pensyarah. Kini, terpulang kepada individu masing-masing untuk menilai dan mencuba menggunakannya, tepuk dada, tanya hati dan buka minda....
read more
1 comments

Cloud Computing Video

read more
1 comments

Cloud Computing

Mana-mana pergi mesti ada topik perbincangan tentang 'cloud computing' ni.Masa pensyarah bercerita pasal 'cloud computing' masih kurang faham sangat..main angguk-angguk, geleng-geleng je. Tapi sekarang ni kena ambil serius pasal mende-mende macam ni, sebab dalam paper dan tv pun dah keluar cerita pasal 'cloud computing' ni. Sebenarnya 'cloud computing' ni bukan perkara baru. Kalo difikir-fikir memang dah lama kita gunakan untuk kegunaan seharian mahupun mingguan atau bulanan. Samada kita tau, sedar atau tidak, sebenarnya kita memang dah lama mengaplikasikannya dalam kehidupan cuma istilah yang digunakan pada masa sekarang berbeza.

'Cloud computing' ni kalau diterjemahkan dalam bahasa melayu ialah 'Pengkomputeran Awan' atau 'Pengehosan Awan'. Rasa kelakar lak bunyinye bila diterjemahkan, baik kita gunakan istilah dalam bahasa Inggeris je sebab lebih sedap didengar. Walau apa pun namanya pemahaman tentangnya tetap sama. Jom kita sama-sama baca apa sebenarnya 'cloud computing' ni.Saya pun masih belum master tentangnya lagi.Sesiapa yang nak tambah atau komen silakan.


Apakah yang dinamakan 'cloud computing' ni?

Wikipedia (Ensiklopedia Bebas)


Pengkomputeran awan ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer("pengkomputeran") berasaskan internet ("awan"). Mengikut konsep, ia adalah suatu anjakan paradigma di mana perincian diabstrakkan daripada pengguna yang tidak lagi perlukan pengetahuan, kepakaran dalam, mahupun mengawal infrastruktur teknologi "di dalam awan" yang menyokong mereka. Ia selalunya melibatkan peruntukan sumber-sumber yang boleh diskalakan secara dinamik dan sering kali dimayakan sebagai satu perkhidmatan di Internet.


Istilah awan digunakan sebagai satu metafora bagi Internet, berdasarkan cara Internet digambarkan di dalam gambar rajah rangkaian komputer dan merupakan pengabstrakan bagi infrastruktur yang disembunyikan di sebaliknya. Perkhidmatan pengkomputeran awan biasa membekalkan penggunaan perniagaan lazim di atas talian yang dicapai melalui pelayar web, sementara perisian dan datanya tersimpan di pelayannya.

Perkhidmatan-perkhidmatan ini dibahagikan kepada kategori-kategori berikut: Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (SaaS), Pengkomputeran Utiliti, Perkhidmatan Web, Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (PaaS), Pembekal Khidmat Terurus (MSP), Perdagangan Perkhidmatan, dan Integrasi Internet.



































































read more